Thursday, February 12, 2009

Lawatan kerja Ke Pulau Pinang

Pada 4 & 5 hb Feb. 2009, pegi Pulau Penang atas lawatan kerja ke Dell. Seramai 12 peserta mengikuti rombongan itu. Banyak pengalaman yang dapat ambil sebagai satu semangat dan pembelajaran dari hasil lawatan itu. Tapi sayang tempat-tempat lawatan yang dikunjungi tidak dapat diambil gambar kerana sekuriti yang ketat cthnya tempat bangunan dan kilang dell.






















Malam tu kami dibawa makan malan di Hotel Holiday Inn Resort Penang.
Kami telah di taja oleh Tourism Penang. Hidangan telah disediakan oleh chef dari India. Masakan yang dihidangkan ialah masakan India Utara.


Hari khamis (050209), kami bertolak untuk Product update.









Tengok ceria sungguh kami.. tersenyum sipul..he.he




















Lihat la wajah-wajah kami, manis-manis belaka..pilih la mana yang berkenan..siap pakai bedak jampi lagi. Ubat seri muka ..hee..hee. jangan mare...


Lawatan kami ke
. Muzium Penang
. Pasar malam
· Peranakan Mansion
· Makan tengahari di Restoran Hamediah
· Chowrasta

Sayang tak banyak gambar diambil, maklum la posing-posing tumpang orang punye kamera...he..hee tumpang sekaki.




















Rumah Peranakan Nyonya ini telah berusia lebih 100 tahun...lihat mozek kecil ini dikatakan dipasang satu persatu..hmm memang halus dan seni pertukangannya. Cermin rumah pulak dilukis dan diukir halus menggunakan pisau. Sungguh mengagumkan..tapi sayang x de gambar pulak..


















Bilik ini mempamerkan baju-baju lama iaitu kebaya nyonya dan mesin-mesin jahit lama. Baju kebaya ini dah berusia berapa tahun ..x ingat la..tapi lama




















Ha..ini pulak bilik tidur tetamu Inggeris...memang cantik tempatnya...tapi rumah tetamu ini diletak kebelakang rumah Induk. Ada piano, sofa, taman mini yang menggunakan hiasan ciri-ciri Inggeris tapi tetap ada unsur budaya Cina cthnya gambar frem yang besar dibelakang sofa tempat kami duduk...sori separuh nampak..he..he




















Ini katil tiang 4 yang telah berusia...lihat kain rompol masih ada ciri-ciri budaya cina. Dan sebelah katil ada almari kasut dimana kasut dijahit manik-manik oleh isteri tuan rumah pada abad itu.





Kayu rumah ini dikata telah berusia kalu x silap 120 tahun dan dibaiki sekiranya ada kerosakan, di bernis dan masih teguh dan kukuh hingga ke hari ini.

Frem-frem gambar yang digantung itu disulam menggunakan benang emas dan sungguh cantik..Pandai sungguh isteri tuan rumah ini..Ini adalah hasil kerja aktiviti isteri sekiranya suami berniaga berjuahan.


























Bilik dikatakan ada 7 atau 8 bilik tapi x ingat...tapi bilik ini paling kite suka sebab barang-barang semua unik dan menarik. sebabnya walaupun berukir tapi simple dan menarik sangat.
Baju-baju yang berlipat itu sudah berusia dalam lingkungan tahun 50an keatas.




















Lepas lawatan tu, kami gi makan nasi kandar..memang piau punye...rempah kari campur..best.
Ini tengah termenung ke atau fikir nk makan ape.



















Sebelum buat lawatan product update, kami singgah dulu ofis Tourism Penang di Komtar, jenguk-jenguk kawan disana...ini tengah tunggu lif la..ofis tu tkt 56...tinggi tuuuu........gayat jugak tinggi berbonar. tapi cantik dapat lihat pemandangan keseluruhan bandar itu.



















Lepas balik dari lawatan product update, kami singgah minum kat padang kota, kitorang minum air cendol...memang sedap....siape gi sana yang tahu....

Thursday, October 30, 2008

Manisraya



Biasa la..sesuai dengan tajuk kenangan manis jamuan hari raya di ofis. Kawan-kawan pulak ringan tulang dan rajin-rajin belaka.. tengok tu tengah dok membakar lemang lagi tu...jangan tertipu, itu lemang palsu buat syarat aje..he..he...tengok kawan kite tu posing sakan lagi..bila lagi nak posing betul tak?



Ini pula sedang mengadakan persiapan juadah yang dibawa oleh anak dara dan mak dara...Biasa la kalau tak ada kuih-muih manis tak sah...bertambah pulak ada kawan-kawan kita, hmm bertambah manisla semuanya. Kawan-kawan kita...depa semua pandai masak belaka...kalah chef wan...jgn marah ya chef wan..gurau aje.







Walau bagaimanapun ...hidup kite kena ceria. Tengok manis-manis mereka pakai baju raya...








Ini pula kami beraya anjuran kelab di ofis..Meriah sungguh...tengah makan nasi beriani..sedap..









Gambar ini semasa nak mula kan majlis dengan bacaan doa...tak tau apa yang menyebabkan semuanya gelak..ade la tu yang mengelikan hati...he..he






Gambar ini pulak semasa mengahadiri kursus. kebetulan pulak tempat kursus tu ada mengadakan Majlis jamuan hari raya. So kami dijemput itu meraikan..he.he